AL-QURAN DIGITAL

Sunday 8 December 2013

Contoh Iklan Makanan


Asslamualaikum si comel semua!

Macam buntu je.. Macam stress je. Anda tidak tahu bagaimana untuk mencipta makanan sendiri? Anda tidak tahu bagaimana untu mencipta kertas iklan anda? Saya di sini sudi untuk berkongsi pendapat bersama anda semua. Di bawah ini adalah contoh  hasil rekaan saya sendiri. Sudi-sudilah komen sikit yew :)




Image 1 : Harga burger

Image 2 : Harga set 


Image 3 : Senarai makanan


Image 4 : Senarai makanan dan harga


Image 5 : Contoh resit


Image 6 : Senarai makanan dan aktiviti
#Di harap sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam mencorakkan serta memeriahkan iklan perniagaan anda. Saya di sini sedia membantu :) Selamat mencuba!


We Chat vs Twitter 1


Assalamualaikum si manis semua.

Today!Guess what?? Me, housemate and uncle will go to PORT DICKSON! Hoorayyyy.  Seawal jam 5.30 pagi Zura berasa sudah tidak mahu meneruskan tidurnya. Zura bangun dari pembaringan, dan keluar dari bilik lantas mengejut rakanya-rakannya yang lena dibuai mimpi untuk solat subuh.  Selepas itu, tangannya mencapai telefon bimbit ninetology pink untuk meng "update" We Chat nya "(Morning, hope today will be better than yesterday. i am very sorry if i've done wrong to you. i will try my best to be positive :) )" Kemudian, dia menggeledah beg pasarnya yang besar itu untuk mencari baju yang sesuai untuk ke sana. Dia mencapai baju kurung berwarna hitam dan kain berwarna ungu lantas menggosoknya. 

Bila berjanji dengan orang tua, kita harus tepati. Tepat jam 8.40, makcik sudah terpacak di hadapan rumah Zura. Rakanya yang lain masih belum bersiap. Mak cik dan pakcik sudah lama menunggu. Akhirnya, jam 9 pagi baru mereka gerak ke Port Dickson. 



Sepanjang perjalanan ke sana, mereka singgah untuk bersarapan pagi dan juga ke Petronas Jementah membeli makanan ringan sebagai bekalan jika lapar. Leka mereka berbual sehingga tidak perasan mereka sudah pun tiba di rumah yang ingin di tuju. Setibanya di sana, Zura mula terpandang ke arah sebuah kereta yang agak-agak selalu dinampaknya. Tidak lain dan tidak bukan, itulah kereta Li. "Arghhh, macam mana ni?Nak tegur ke? ke bia dia yang tegur? Nak buat biasa ke apa?Arghhh...tidakkk ". Bermacam-macam yang keluar di minda Zura. Zura melangkah kaki masuk ke perkarangan rumah yang lamannya agak luas juga, Kelihatan ramai orang di majlis persandingan itu. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk melihat di manakah Li. Okey! Li di bahagian kiri Zura. Zura berpura-pura tidak perasan. Dia terus sahaja menuju ke tempat hidangan selepas djemput menjamu selera. "Argh, dia perasan aku ke tak  ni? aku xnak pandanglah..takotnyaa"  Suara hati nya berkata-kata lagi. 

Daging salai masak lemak, ikan masin, ayam sambal dan juga sayur pucuk sudah berada di dalam pinggan Zura bersama secawan air sirap. Zura dan Li duduk bertentangan meja . Mereka hanya dipisahkan oleh orang depan yang agak gempal badannya. Sebelum sempat Zura menadah tangan untuk membaca doa makan. Rakannya tiba membawa 3 ketul kek red velvert dan juga beberapa batang marshmallow di celup coklat. "Dia dah makan ke belum ye kek ni. Dia kan teringin sangat nak makan. Hmm.. abaikanlah". Dia teringat seketika kepada Li kerana Li teringin makan kek red velvert. Zura lalu melupakan perkara tersebut lalu menjamah kek serta makanan yang diambilnya. Sambil-sambil makan, zura mencuri-curi lihat Li yang sedang makan untuk memastikan yang Li tidak perasan akan kehadiran Zura. 

Setelah beberapa minit, Zura mulai khusyuk makan makanannya sehingga tidak perasan yang Li sudah pon berada di sebelahnya "Hi, Zura. Mak cik mana. Korang baru sampai ke? ", tanya Li. Terkedu Zura melihat dia yang selamba badak sahaja menegur seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka malam tadi. "Hmm, mak cik kat sana dengan anak dia. Kitorang baru jgak la sampai. Ko dengan sapa and dah nak balik ke?, tanya Zura berpura-pura tiada apa yang berlaku. Mereka berbual-bual sebentar dan terkadang, Zura terdiam sebentar. Zura menghabiskan makanannya. Li pula ingin beransur pulang. Mereka saling mengucapkan ucapan selamat tinggal. "Alhamdulillah. Lega rasanya bila dia tegur tadi ", Zura begitu senang sekali.

Li pulang ke rumahnya. Zura dan yang lain pula bergambar sakan dengan pak cik dan mak cik angkatnya. Kemudian, kami membeli barang di tepi pantai dan singgah di r&r jejantas. Setibanya di rumah, pertama kali barang yang di carinya adlah telefon bimbit. Meng "update" status di We Chat. Kemudian, membelek twitter Li untuk melihat apa yang di updatenya untuk hari ini. Ternyata, tiada apa. Walaupun begitu, Zura lega kerana  tiada status bukan-bukan yang akan  menyakitkan hatinya lagi. Sekarang ini, Zura hanya menunggu apa yang akan berlaku di kelas pada hari selasa nanti.

#Perkara baik yang di update tidak kira we chat mahupun twitter akan membuatkan orang bahagia. Perkara buruk, walaupun tidak berkata tentang kita, ia akan membuatkan kita terasa. Oleh itu, pos la perkara-perkara yang baik dan akan menggembirakan orang sahaja ya :)

#Nantikan episod seterusnya di dalam kelas :)

Saturday 7 December 2013

We Chat vs Twitter

Assalamualaikum si cantik dan si kacak sekalian.

Saya ada kisah sikit untuk dikongsiknn bersama anda semua.Harap-harap dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.  


Zura dan Li  sudah hampir 5 tahun berkawan. Seawal mereka memulakan kehidupan baru di zaman diploma. Hubungan mereka amat baik, namun hanyalah sebagai kawan sahaja. Tetapi hubungan mereka menjadi renggang setelah Li mempunyai kekasih hatinya dimana mereka semua adalah sekelas. Namun, Zura cuma berasa sedikit terkilan apabila dia seperti tidak diendahkan oleh Li. Zura hanya berdiam diri dan berprasangka baik terhadap situasi yang dilaluinya.

Sehinggalah ke akhir semester zaman diploma mereka. Zura berasa amat lega kerana sudah menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam persahabatan. Namun, ianya tidak berakhir di situ. Zaman ijazah menjelang tiba. Li dan Zura mendapat tempat yang sama dan juga kelas yang sama. Zura mengambil jalan mudah untuk mempunyai teman lelaki di sana. Dimana teman lelakinya juga adalah sekelas. Tetapi, teman lelakinya berhenti belajar kerana tidak dapat meneruskan pelajarannya. Lama-kelamaan, Zura dan Li mulai rapat semula. Zura seakan keliru dengan perasaanya sendiri.

Sehinggalah pada pertengahan semester, Zura meminta putus dengan teman lelakinya kerana sudah tiada perasaan sayang terhadapnya. Zura berbuat demikian kerana sudah mula sayangkan Li. Persahabatan kami mulai renggang apabila Li mengetahui perkara ini daripada rakan kepada teman lelaki Zura. Li tidak sangka perkara ini akan berlaku. Lama kelamaan, Zura sedar bahawa perasaannya terhadap Li hanyalah sebagai teman baik yang selalu bersama ketika zaman diploma. Zura berterus terang kepada Li dan semua masalah selesai.

Dan kini, mereka berada di pengakhiran semester. Dan buat semester yang terakhir, Zura bercadang untuk menyambut hari kelahiran teman baiknya, Li. Tetapi, Zura dan Li seakan sibuk untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh pensyarah. Mereka hanya meraikannya bersama dua orang lagi teman dengan membeli kek, makan KFC, menonoton wayang dan pulang ke rumah. Zura begitu sayangkan persahabatannya kerana risau Li akan melupakannya sekali lagi seperti apa yang terjadi di akhir zaman diploma.

Zura memberi hadiah kepada Li. Hadiahnya telah menjadi isu besar kepada Li, kekasihnya, serta rakannya. Sehinggalah Zura mengetahui perkara tersebut. Rakannya berpendapat bahawa Zura masih menyukai Li. Li dan kekasihnya berasa kurang senang. Pada malam 4 December 2012, Zura membuka twitter Li (bahan media yang digemari Li unruk pos aktiviti hariannya), pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Zura semata-mata kerana hadian yang diberinya. (Frame yang di isi dengan dua keping gambar yang telah di edit. Gambar Li dan Zura. Di belakang kepingan gambar terdapat pesanan sebagai kenangan mereka di kampus)

Li membuat status di twitter "kemonla, gambar tu zaman mentah lagi kot. She should know my status..please respect us, aku jaga rumah tangga aku baik-baik, ada je anasir-anasir yang datang" dan ada beberapa lagi status yang membuat Zura begitu terkilan dengan apa yang di posnya. Zura masih bersabar dan bertahan malam itu. Zura rasa dia kuat untuk menghadapinya pada esok hari. Dan dia berjaya untuk tidak mengeluarkan air mata di saat dia membaca sehinggalah dia tidur.

Pada keesokan harinya, ,mereka pergi ke kelas bersama. Zura sudah terpacak  seawal jam 7.40 pagi di hadapan rumah Li. Ternyata Li lambat siap. Zura menunggu di dalam rintik hujan kerana egonya yang kuat. Zura tidak mahu berteduh di bawah rumahnya seperti selalu. Di dalam kereta, Zura berpura tidak tahu, Zura menekan punat radio lantas menyanyi mengikut alunan radio yang didengarnya. Lama kelamaan, Zura terdiam. Dan Li, membuka suara untuk bercerita. Sebaik sahaja mendengar suara Li, Zura teringat-ingat apa yang di pos oleh Li di twitter pada malam itu. Zura tidak dapat menahan sebak di dada. Zura melihat jauh ke luar tingkap. Tanpa disedari, air mata jatuh berguguran tanpa henti. Dia cuba untuk mengawal perasaan itu, tapi dia tewas.

Setibanya di kampus, Zura terus ke bilik air untuk mencuci muka. Ternyata hidungnya merah, matanya merah serta linangan air mata yang bertakung. Zura tidak sangka persahabatan yang dibina, kepercayaan antara mereka hancur begitu sahaja. Li telah merasakan persepsi yang buruk terhadap Zura. Dan kepercayaan itu sukar untuk digapai dan dicantum kembali. Begitu juga kepercayaan Zura terhadap Li. Zura menjawab ujian dengan linangan air mata dan fikiran yang bercelaru.

Setelah habis ujian, mereka menyelesaikan tugasan subjek yang lain dan kemudian mereka pulang. Zura tiba-tiba poskan sesuatu di We Chat (bahan media yang digemari Zura untuk kongsi sesuatu). "Kenapa orang selalu salah tafsir bila kita buat baik? tak peduli la apa orang nak kata, apa kau nak kata , aku tau niat aku apa.Allah tau. Sampai macam tu sekali kau anggap aku. Aku tak sangka betul. Tapi bagus juga benda ni ni jadi, baru tau sapa sahabat sebenarnya. Aku tak pernah menyesal dengan apa yang terjadi.". Mulanya disini, bermulah lah perang status. Mereka menyalahkan antara satu dengan yang lain. Zura berasa dirinya bodoh sekali kerana mengapa dia perlu pos begitu sekali. Kerana ikutkan nafsu marahnya itu, keadaan bertambah teruk.

Zura mengambil jalan mudah untuk berterus terang dengan Li. Zura meluahkan apa yang dirasainya dan memberi tahu perkara sebenarnya. Li pun begitu. Akhirnya, perkara ini selesai. Tetapi adakah mereka masih boleh berbaik seperti sebelum ini? Adakah hubungan mereka hanya sekadar untuk menjaga hati? Adakah mereka masih boleh bergurau senda seperti dahulu? Persolannya masih belum dapat di jawab..

#Nantikan episod seterusnya pada entry yang seterusnya. (Berdebar juga untuk menunggu saat itu)

Tuesday 21 May 2013

Menguatkan Hafalan



Amalkan lah selawat ini jika anda semua mahu berjaya di dalam hidup. Apatah lagi yang sedang belajar dan menimba ilmu. Seelok-eloknya bacalah sebelum anda mahu mengulangkaji pelajaran. InsyaAllah, ilmu yang anda pelajari akan diberkati.

"Selamat menempuhi peperiksaan"

Tuesday 14 May 2013

Contoh skrip BMD 501


SCENE 1 ( Zai bangongshi )
Shafli          : Husna, ni kan dao Zura xiaojie ma?
Husna         : Owh.. Zura xiaojie bu zai zheli. Ta qingjia le.
          Ni zhao ta you shenme shi?
Shafli          : Wo xiang jiao ta fuyin zhexie wenjian.
Husna         : Owh..

Balik ke bilik masing-masing dan beberapa langkah…..

Husna         : Eh! Shafli, tingshuo ni shengji le! Shi ma?
Shafli          : Shi’ a.. ni zenme zhidao?
Husna         : Zura xiaojie gousu wo. Gongxi ni!
Shafli          : Xiexie ( sambil tersenyum )

( Balik semula ke bilik masing-masing )

SCENE 2 (Zai jia, kan dianshi he huixiang )
( Yana zai kan jingcai de dianshi jiemu )

Baizura       : Yana, jingtian you shenme jingcai de jiemu?
Yana           : Xiawu si dian you zongyi jiemu, wanshang shi dian you Malai huaju.
Baizura       : Meiyou xinweb baogao ma? Nayi  de pindao?
Yana           : You. Di’san dianshi.
Baizura       : Mama yao kan. Jiexialai de jiemu, ni jiao mama.
Yana           : Haode!
Tiba-tiba….

Baizura       : Yana, lai zheli yixia!
Yana           : Mama yao shenme?
Baizura       : Ni keyi bang mama skype ni de gege ma?
Yana           : Keyi, buguo wei shenme?
Baizura       : Mama hen xiang ta le. Ta yijing erg e yue meiyou huixiang le.
Yana           : Dangran. Ta shegji yihou hen mang!

( Semasa skype)

Baizura       : Ni hao ma?
Shafli          : Wo hen hao. Ni ne?
Baizura       : Wo ye hen hao. Wei shenme ni yijing hen jiu meiyou da dianhua gei
                     wo?
Shafli          : Wo hen mang. Duibuqi.
Baizura       : Mei guanxi. Wo he ni de meimei yao qu ni Jilongpo de jia. Keyi ma?
Shafli          : Keyi. Shenme shihou? Ni zenme lai zheli?
Baizura       : Wo dasuan xiage xingqiliu qu. Women zuo huoche qu Jilongpo.
Shafli          : Haode. Wo zai huochezhan deng nimen.
Baizura       : Tai hao le. Xiage xingqiliu women zai huochezhan jianmian.
Shafli          : Hao. Zaijian.
Baizura       : Zaijian.



SCENE 3 (Wenlu, duoyuan he duojiu )
Tiba sahaja di stesen kereta api…

Baizura       : Yana, da dianhua gei ni de gege gaosu ta women dao le.
Yana           : Hao! ( Sambil mengambil telefon bimbit dari poket seluarnya).
                     Wei, gege! Ni zai nali? Women dao le.
Shafli          : Wei. Duibuqi. Wo bun eng jie nimen yinwei yihuir wo yao kaihui.
Yana           : Na… women zenmeyang? ( Sambil garu kepala )
Shafli          : Nimen zuo bashi qu wo de jia. Yihuir wo gei ni wo de jia dizhi.
Yana           : Haode! Wo deng ni de fa duanxin.
                      Selepas sahaja turun dari bas.
Baizura       : Xiaojie, qigwen Anbang Lu zai nali?
Xiaojie        : Zai ne de fujin.
Baizura       : Qu nali zenme zou ne?
Xiaojie        : Ni xiang qian zou, jingguo gongyuan.
Baizura       : Ranhou ne?
Xiaojie        : Dao le lukou, nimen xiang zuo zhuan nni hui kandao Anbang  Lu.
Baizura       : Cong zheli dao zhge dizhi yuan ma?
Xiaojie        : Bu yuan, hen jin. Women keyi zoulu qu.
Baizura       : Zoulu qu yao duojiu?
Xiaojie        : Shi fenzhong.
Baizura       : Xiexie, xiaojie!
Xiaojie        : Buxie.

SCENE 4 ( Zai basha maicai )
Keluar daripada dapur dan…

Baizura       : Gege, wo yao qu basha. Zouba!
Shafli          : Zouba. Ni yao mai shenme?
Baizura       : Wo yao mai xia he shucai.
Shafli          : Hmmm.. ( sambil mengangguk-anggukkan kepala )

Sebaik sahaja tiba di pasar…

Xiaofan       : Bomu, zhexie xia hen xinxian,ni yao bu yao mai?
Baizura       : Shi’ a, ni de xia hen xinxian. Ni gei wo liang gongjin xia. Keyi ma?
Xiaofan       : Liang gongjin? Gou bu gou?
Baizura       : Gou le. San ge ren yao chi. Duoshao qian?
Xiaofan       : Shi liu kuai qian.
Baizura       : Zheme gui! Pianyi dianr, hao ma?
Xiaofan       : Haoba, shi wu kuai.
Baizura       : Hao. Xiexie.
Shafli          : Mama hai yao mai shenme?
Baizura       : Wo yao mai shucai he shuiguo.
Shafli          : Shucai he shuiguo zai nali. Zouba.
Baizura       : Zou.

SCENE 5 (Jilongpo )
Yana yao qu zai Letian Gouwu Gongxin kan ta de pengyou.

Yana           : Mama, wo yao qu Letian Gouwu Zhongxin kan wo de pengyou.
Baizura       : Qu ba! Kuai dianr hui jia.
Yana           : Haode.

( Zai Letian Gouwu Zhongxin limian )

Yana             : Hai. Ni hao!
Pengyou 1   : Hai. Ni hao. Hao jiu bu jian.
Yana             : Shide. Wo hen xiang ni.
Pengyou 1   : Wo ye hen xiang ni. Women yao qu nali?
Yana             : Women qu guangguang. Keshi qu guangguang yiqian, women qu chi
            dianr dongxi.
Pengyou 1   : Zouba. Wo ye e le.
Yana             : Zouba.

( Zai Canguan )

Yana             : Jilongpo zhen renao! Xiangbudao zheli you zheme duo gaolou
            dasha!
Pengyou 1   : Shi a! Wo dai ni qu canguan Shuangfeng Ta kankan, haoma?
Yana             : Haode. Wo ye hen jiu meiyou qu guo Shuangfeng Ta. Ranhou
  women keyi zai limian pai zhao ma?/
Pengyou 1   : Keyi.
Yana             : Tai hao le.

SCENE 6 ( Dujia )
Shafli song ni de mama qu huochezhan.

Baizura       : Ni mai piao le ma?
Shafli          : Mai le. Nimen de huoche xiawu liang dian dao.
Baizura       : Xianzai xiawu yi ban, yihuir mama de huoche dao le.
Shafli          : Shide. Nimen deng yixia.

Tiba-tiba Shafli ternampak kawan lamanya.

Pengyou 2   : Eh, Shafli! Hao jiu bu jian. Xiangbudao zai zheli kandao ni.
Shafli            : Shi’ a! Ni wei shenme lai zheli?
Pengyou 2   : Wo lai song wo de biaojie. Ta xiang qu Xinjiapo dujia.
Shafli            : Shi ma! Qu Xinjiapo xuyao qianzheng ma?
Pengyou 2   : Bu xuyao qianzheng, buguo xuyao dai guoji huzhao.
Shafli            : Ta zuo ji dian de huoche?
Pengyou 2   : Ta de huoche, xiawu san dian dao.
Shafli            : Owh, eh! Wo mama de huoche kuai dao le. Wo dei zou le.
Pengyou 2   : Haode. Zaijian.
Shafli            : Zaijian.



Shafli meluru pergi ke arah ibunya.

Shafli          : Mama, nimen de huoche dao le!
Baizura       : Ni yao haohao zaogu ziji, mama xian hui jia le.
Shafli          : Hao de mama, ni ye yao zaogu ziji. Ruguo you shenme shi keyi da
                      dianhua gei wo.
Baizura       : Haode.
Shafli           : Zaijian.
Baizura he yana   : Zaijian.


Cerita ini berkisah kan tentang seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang bernama Shafli dan Yana. Yana tinggal bersama ibunya di kampung manakala Shafli telah bekerja di Kuala Lumpur. Ceritanya bermula apabila ibunya terlalu rindukan anaknya, Shafli yang semakin sibuk di bekerja. Ibu dan adiknya, Yana telah merancang untuk ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengannya. Namun akibat terlalu sibuk, Shafli meminta ibunya untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur. Setibanya di rumah, Shafli membawa ibunya membeli sayur dan udang di pusat  membeli belah. Setelah semalaman di rumah anaknya, Shafli mengahantar ibu dan adiknya ke stesen kereta api. Akhirnya, ibu dan adiknya selamat pulang ke kampung dan dapat melepaskan rindu terhadapnya. 

#Semoga korang dapat gambaran serba sedikit tentang final projek subjek ini. :) 

Contoh ujian lisan BMD (Mandarin)


Contoh 1 :Dujia 

Shangge Xingqiliu , wo he wo de jiaren zai Lelang Dao qu nali dujia.Zaoshang 9 dian , women zuo qiche qu Lelang Dao. Cong zheli dao Lelang Dao dagai 5 xiaoshi. Women zai nali zhu le liang tian . Lelang Dao de fengjing hen mei. Nali de huanjing hen qingjing, kongqi ye hen xinxian. Hen duo youke qu nali qianyong. Wo he wo de gege zai Lelang Dao qianyong he kan shanhu. Qianyong yi qian ,women zai haibian paizhao. Xiangbudao zai nali kandao Hidayah. Hidayah shi wo de hao  pengyou. Wo kandao Hidayah he xiansheng zai nali dujia. Women de jiudian fujin canguan. Qu jiudian yiqian, women qu che dongxi. Huijia yiqian , women qu Zhongyang Yishufang mai jinianpin .


1)    Nimen zai Lelang Dao zuo shenme?
       Women zai Lelang Dao qianyong he kan shanhu.

2)    Nimen zai Lelang Dao zhu le ji tian?
       Women zai Lelang Dao zhu le liang ti

3)    Nimen zuo shenme qu Lelang Dao?
        Women zuo qiche qu Lelang Dao.

4)    Cong zheli dao Lelang Dao duojiu?
        Cong zheli dao Lelang Dao dagai 5 xiaoshi.


5)    Shenme shihou nimen zai Lelang Dao qu nali dujia?
        Shangge Xingqiliu , women zai Lelang Dao qu nali dujia.

Contoh 2 :Dujia

Shangge yue daxue fangjia, wo he jiaren qu Guala Dengjialou dujia. Wo he xiongdi jiemei hen xihuan qu nali. Women zuo qiche qu. Cong Furong dao Guala Dengjialou xiangdang yuan, dagai ba dian. Zai nali, wo he xiongdi jiemei guangguang he paizhao. Nali de fengjing hen mei. Nali de huanjing ye hen qinjing. Guangguang he paizhao yihou, women juede hen e le. Mama he baba mai hanbaobao. Women chi haochi de hanbaobao. Xiawu wu dian, women qu kan haigui. Hen duo youke qu kan haigui. Kan haigui yihou, women qu jiudian, shuijiao. Mingtian, women qu Lelang Dao. Lelang Dao de kongqi hen xinxian. Women qu nali qianyong he kan shanhu. Zai Lelang Dao, mama mai liwu song gei bofu he bomu. Xiawu wu dian, women hui Furong.

1)    Nimen shenme shihou qu dujia?
       Women shangge yue qu dujia


2)    Cong Furong dao Guala Dengjialou shi duojiu?
       Cong Furong dao Guala Dengjialou shi ba dian.

3)     Ni de mama he baba mai chi de dongxi?

        Wo de mama he baba mai hanbaobao.

4)    Kan haigui yihou, nimen qu nali?
       Kan haigui yihou, women qu jiudian.

5)   Nimen lai Lelang Dao zuo shenme?

       Women lai Lelang Dao qianyong he kan shanhu


Okay guys, ini ialah contoh ujian lisan yang anda harus buat apabila ambil subjek BMD 501.
Anda haruslah buat sendiri petikan dan soalan. Anda juga harus hafal petikan ini dan bacakan nya kepada pensyarah mandarin anda secara individual. Selepas anda selesai membaca, pensyarah akan bertanya lima soalan kepada anda dan anda haruslah menjawab nya.
Selamat menduduki ujian lisan BMD 501!!

#GOODLUCK.



Sunday 12 May 2013

Hubung kait antara ekonomi dan etnisiti

Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara ekonomi dan etnisiti,khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum.

Daripada keadaan ini,timbul persepsi yang kemudian menjadi streotaip bahawa majoriti etnik melayu terdiri daripada petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala sebilangan besar etnik India merupakan buruh di estet.

Di Sabah dan Sarawak pula, streotaipnya ialah kelompok peribumi terus menetap di kawasan pedalaman dalam keadaan serba serbi mundur sedangkan sektor ekonomi dikuasai oleh etnik Cina. Ertinya, apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan menyentuh secara langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu juga sebaliknya, seperti kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri sakit juga".

Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik , sarjana dan pemerhati mengenai masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak dapat dinafikan akan pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi mereka anak kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis.

Menurut mereka lagi, sekiranya hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa juga turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan ekonominya memuaskan dan kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini dinyatakan dengan jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000 ) dan penerima anugerah Nobel ( Bidang Ekonomi ),2001.

Mudah dengan Al-Quran Digital

  

1)Membaca mengikut Ayat, Mukasurat & Surah
2)Tidak perlu tukar bateri. Hanya perlu Caj.
3)Bateri boleh di-charge semula, tahan 4 jam.
4)Mudah digunakan & dibawa ke mana-mana
5)Bacaan dari Qari-Qari Terkenal
6)Disertakan Kad sentuh Indeks surah Al-Quran untuk mudah didengar
7)Fungsi merakam suara
8)Boleh dijadikan mp3 utk menyimpan zikir, doa dan nasyid.
9)Bacaan muqaddam, doa² harian dan bacaan di dalam solat
10)Built in 4GB memory (Sokongan Kad SD sehingga 8GB)
11)Qualiti bunyi yang lebih baik, terang dan jelas.
12)Sambungan USB - Standard Usb Cable

# Sila ke link ini untuk produk-produk lain.



Bacalah Bismillahirrahmanirrahim

Bacalah bismillahirrahmanirrahim sebelum kita ingin melakukan sesuatu tidak kira mahu belajar, makan atau apa-apa sahaja pekerjaan. Terdapat banyak manfaat ataupun kelebihan membaca Bismillah. Berikut adalah antara kelebihannya :-

1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
 
2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.
 
3.  Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
 
4. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
 
5. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali
 
6. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
 
7. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
 
8. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
 
9. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya
 
 Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud :
 
Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.
” Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. “
 
Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.
 
10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :

     ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”
11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
 
 13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
 
 14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Mudah bukan untuk kita memiliki kelebihan tersebut. InsyAllah dengan izin Allah apa yang kita inginkan akan tercapai. Dan ingatlah adik-adik perbanyakkan lah baca bismillah semasa adik-adik belajar. 

#Bacalah bismillah sebanyak mungkin mulai saat ini :) Alhamdulillah.