AL-QURAN DIGITAL

Saturday 7 December 2013

We Chat vs Twitter

Assalamualaikum si cantik dan si kacak sekalian.

Saya ada kisah sikit untuk dikongsiknn bersama anda semua.Harap-harap dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.  


Zura dan Li  sudah hampir 5 tahun berkawan. Seawal mereka memulakan kehidupan baru di zaman diploma. Hubungan mereka amat baik, namun hanyalah sebagai kawan sahaja. Tetapi hubungan mereka menjadi renggang setelah Li mempunyai kekasih hatinya dimana mereka semua adalah sekelas. Namun, Zura cuma berasa sedikit terkilan apabila dia seperti tidak diendahkan oleh Li. Zura hanya berdiam diri dan berprasangka baik terhadap situasi yang dilaluinya.

Sehinggalah ke akhir semester zaman diploma mereka. Zura berasa amat lega kerana sudah menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam persahabatan. Namun, ianya tidak berakhir di situ. Zaman ijazah menjelang tiba. Li dan Zura mendapat tempat yang sama dan juga kelas yang sama. Zura mengambil jalan mudah untuk mempunyai teman lelaki di sana. Dimana teman lelakinya juga adalah sekelas. Tetapi, teman lelakinya berhenti belajar kerana tidak dapat meneruskan pelajarannya. Lama-kelamaan, Zura dan Li mulai rapat semula. Zura seakan keliru dengan perasaanya sendiri.

Sehinggalah pada pertengahan semester, Zura meminta putus dengan teman lelakinya kerana sudah tiada perasaan sayang terhadapnya. Zura berbuat demikian kerana sudah mula sayangkan Li. Persahabatan kami mulai renggang apabila Li mengetahui perkara ini daripada rakan kepada teman lelaki Zura. Li tidak sangka perkara ini akan berlaku. Lama kelamaan, Zura sedar bahawa perasaannya terhadap Li hanyalah sebagai teman baik yang selalu bersama ketika zaman diploma. Zura berterus terang kepada Li dan semua masalah selesai.

Dan kini, mereka berada di pengakhiran semester. Dan buat semester yang terakhir, Zura bercadang untuk menyambut hari kelahiran teman baiknya, Li. Tetapi, Zura dan Li seakan sibuk untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh pensyarah. Mereka hanya meraikannya bersama dua orang lagi teman dengan membeli kek, makan KFC, menonoton wayang dan pulang ke rumah. Zura begitu sayangkan persahabatannya kerana risau Li akan melupakannya sekali lagi seperti apa yang terjadi di akhir zaman diploma.

Zura memberi hadiah kepada Li. Hadiahnya telah menjadi isu besar kepada Li, kekasihnya, serta rakannya. Sehinggalah Zura mengetahui perkara tersebut. Rakannya berpendapat bahawa Zura masih menyukai Li. Li dan kekasihnya berasa kurang senang. Pada malam 4 December 2012, Zura membuka twitter Li (bahan media yang digemari Li unruk pos aktiviti hariannya), pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Zura semata-mata kerana hadian yang diberinya. (Frame yang di isi dengan dua keping gambar yang telah di edit. Gambar Li dan Zura. Di belakang kepingan gambar terdapat pesanan sebagai kenangan mereka di kampus)

Li membuat status di twitter "kemonla, gambar tu zaman mentah lagi kot. She should know my status..please respect us, aku jaga rumah tangga aku baik-baik, ada je anasir-anasir yang datang" dan ada beberapa lagi status yang membuat Zura begitu terkilan dengan apa yang di posnya. Zura masih bersabar dan bertahan malam itu. Zura rasa dia kuat untuk menghadapinya pada esok hari. Dan dia berjaya untuk tidak mengeluarkan air mata di saat dia membaca sehinggalah dia tidur.

Pada keesokan harinya, ,mereka pergi ke kelas bersama. Zura sudah terpacak  seawal jam 7.40 pagi di hadapan rumah Li. Ternyata Li lambat siap. Zura menunggu di dalam rintik hujan kerana egonya yang kuat. Zura tidak mahu berteduh di bawah rumahnya seperti selalu. Di dalam kereta, Zura berpura tidak tahu, Zura menekan punat radio lantas menyanyi mengikut alunan radio yang didengarnya. Lama kelamaan, Zura terdiam. Dan Li, membuka suara untuk bercerita. Sebaik sahaja mendengar suara Li, Zura teringat-ingat apa yang di pos oleh Li di twitter pada malam itu. Zura tidak dapat menahan sebak di dada. Zura melihat jauh ke luar tingkap. Tanpa disedari, air mata jatuh berguguran tanpa henti. Dia cuba untuk mengawal perasaan itu, tapi dia tewas.

Setibanya di kampus, Zura terus ke bilik air untuk mencuci muka. Ternyata hidungnya merah, matanya merah serta linangan air mata yang bertakung. Zura tidak sangka persahabatan yang dibina, kepercayaan antara mereka hancur begitu sahaja. Li telah merasakan persepsi yang buruk terhadap Zura. Dan kepercayaan itu sukar untuk digapai dan dicantum kembali. Begitu juga kepercayaan Zura terhadap Li. Zura menjawab ujian dengan linangan air mata dan fikiran yang bercelaru.

Setelah habis ujian, mereka menyelesaikan tugasan subjek yang lain dan kemudian mereka pulang. Zura tiba-tiba poskan sesuatu di We Chat (bahan media yang digemari Zura untuk kongsi sesuatu). "Kenapa orang selalu salah tafsir bila kita buat baik? tak peduli la apa orang nak kata, apa kau nak kata , aku tau niat aku apa.Allah tau. Sampai macam tu sekali kau anggap aku. Aku tak sangka betul. Tapi bagus juga benda ni ni jadi, baru tau sapa sahabat sebenarnya. Aku tak pernah menyesal dengan apa yang terjadi.". Mulanya disini, bermulah lah perang status. Mereka menyalahkan antara satu dengan yang lain. Zura berasa dirinya bodoh sekali kerana mengapa dia perlu pos begitu sekali. Kerana ikutkan nafsu marahnya itu, keadaan bertambah teruk.

Zura mengambil jalan mudah untuk berterus terang dengan Li. Zura meluahkan apa yang dirasainya dan memberi tahu perkara sebenarnya. Li pun begitu. Akhirnya, perkara ini selesai. Tetapi adakah mereka masih boleh berbaik seperti sebelum ini? Adakah hubungan mereka hanya sekadar untuk menjaga hati? Adakah mereka masih boleh bergurau senda seperti dahulu? Persolannya masih belum dapat di jawab..

#Nantikan episod seterusnya pada entry yang seterusnya. (Berdebar juga untuk menunggu saat itu)

No comments:

Post a Comment