AL-QURAN DIGITAL

Sunday 8 December 2013

We Chat vs Twitter 1


Assalamualaikum si manis semua.

Today!Guess what?? Me, housemate and uncle will go to PORT DICKSON! Hoorayyyy.  Seawal jam 5.30 pagi Zura berasa sudah tidak mahu meneruskan tidurnya. Zura bangun dari pembaringan, dan keluar dari bilik lantas mengejut rakanya-rakannya yang lena dibuai mimpi untuk solat subuh.  Selepas itu, tangannya mencapai telefon bimbit ninetology pink untuk meng "update" We Chat nya "(Morning, hope today will be better than yesterday. i am very sorry if i've done wrong to you. i will try my best to be positive :) )" Kemudian, dia menggeledah beg pasarnya yang besar itu untuk mencari baju yang sesuai untuk ke sana. Dia mencapai baju kurung berwarna hitam dan kain berwarna ungu lantas menggosoknya. 

Bila berjanji dengan orang tua, kita harus tepati. Tepat jam 8.40, makcik sudah terpacak di hadapan rumah Zura. Rakanya yang lain masih belum bersiap. Mak cik dan pakcik sudah lama menunggu. Akhirnya, jam 9 pagi baru mereka gerak ke Port Dickson. 



Sepanjang perjalanan ke sana, mereka singgah untuk bersarapan pagi dan juga ke Petronas Jementah membeli makanan ringan sebagai bekalan jika lapar. Leka mereka berbual sehingga tidak perasan mereka sudah pun tiba di rumah yang ingin di tuju. Setibanya di sana, Zura mula terpandang ke arah sebuah kereta yang agak-agak selalu dinampaknya. Tidak lain dan tidak bukan, itulah kereta Li. "Arghhh, macam mana ni?Nak tegur ke? ke bia dia yang tegur? Nak buat biasa ke apa?Arghhh...tidakkk ". Bermacam-macam yang keluar di minda Zura. Zura melangkah kaki masuk ke perkarangan rumah yang lamannya agak luas juga, Kelihatan ramai orang di majlis persandingan itu. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk melihat di manakah Li. Okey! Li di bahagian kiri Zura. Zura berpura-pura tidak perasan. Dia terus sahaja menuju ke tempat hidangan selepas djemput menjamu selera. "Argh, dia perasan aku ke tak  ni? aku xnak pandanglah..takotnyaa"  Suara hati nya berkata-kata lagi. 

Daging salai masak lemak, ikan masin, ayam sambal dan juga sayur pucuk sudah berada di dalam pinggan Zura bersama secawan air sirap. Zura dan Li duduk bertentangan meja . Mereka hanya dipisahkan oleh orang depan yang agak gempal badannya. Sebelum sempat Zura menadah tangan untuk membaca doa makan. Rakannya tiba membawa 3 ketul kek red velvert dan juga beberapa batang marshmallow di celup coklat. "Dia dah makan ke belum ye kek ni. Dia kan teringin sangat nak makan. Hmm.. abaikanlah". Dia teringat seketika kepada Li kerana Li teringin makan kek red velvert. Zura lalu melupakan perkara tersebut lalu menjamah kek serta makanan yang diambilnya. Sambil-sambil makan, zura mencuri-curi lihat Li yang sedang makan untuk memastikan yang Li tidak perasan akan kehadiran Zura. 

Setelah beberapa minit, Zura mulai khusyuk makan makanannya sehingga tidak perasan yang Li sudah pon berada di sebelahnya "Hi, Zura. Mak cik mana. Korang baru sampai ke? ", tanya Li. Terkedu Zura melihat dia yang selamba badak sahaja menegur seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka malam tadi. "Hmm, mak cik kat sana dengan anak dia. Kitorang baru jgak la sampai. Ko dengan sapa and dah nak balik ke?, tanya Zura berpura-pura tiada apa yang berlaku. Mereka berbual-bual sebentar dan terkadang, Zura terdiam sebentar. Zura menghabiskan makanannya. Li pula ingin beransur pulang. Mereka saling mengucapkan ucapan selamat tinggal. "Alhamdulillah. Lega rasanya bila dia tegur tadi ", Zura begitu senang sekali.

Li pulang ke rumahnya. Zura dan yang lain pula bergambar sakan dengan pak cik dan mak cik angkatnya. Kemudian, kami membeli barang di tepi pantai dan singgah di r&r jejantas. Setibanya di rumah, pertama kali barang yang di carinya adlah telefon bimbit. Meng "update" status di We Chat. Kemudian, membelek twitter Li untuk melihat apa yang di updatenya untuk hari ini. Ternyata, tiada apa. Walaupun begitu, Zura lega kerana  tiada status bukan-bukan yang akan  menyakitkan hatinya lagi. Sekarang ini, Zura hanya menunggu apa yang akan berlaku di kelas pada hari selasa nanti.

#Perkara baik yang di update tidak kira we chat mahupun twitter akan membuatkan orang bahagia. Perkara buruk, walaupun tidak berkata tentang kita, ia akan membuatkan kita terasa. Oleh itu, pos la perkara-perkara yang baik dan akan menggembirakan orang sahaja ya :)

#Nantikan episod seterusnya di dalam kelas :)

No comments:

Post a Comment