AL-QURAN DIGITAL

Sunday 12 May 2013

Hubung kait antara ekonomi dan etnisiti

Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara ekonomi dan etnisiti,khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum.

Daripada keadaan ini,timbul persepsi yang kemudian menjadi streotaip bahawa majoriti etnik melayu terdiri daripada petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala sebilangan besar etnik India merupakan buruh di estet.

Di Sabah dan Sarawak pula, streotaipnya ialah kelompok peribumi terus menetap di kawasan pedalaman dalam keadaan serba serbi mundur sedangkan sektor ekonomi dikuasai oleh etnik Cina. Ertinya, apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan menyentuh secara langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu juga sebaliknya, seperti kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri sakit juga".

Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik , sarjana dan pemerhati mengenai masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak dapat dinafikan akan pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi mereka anak kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis.

Menurut mereka lagi, sekiranya hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa juga turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan ekonominya memuaskan dan kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini dinyatakan dengan jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000 ) dan penerima anugerah Nobel ( Bidang Ekonomi ),2001.

No comments:

Post a Comment